Friday 19 July 2013

MESEJ PENTING UNTUK INSAN YG BRGELAR PEREMPUAN

Assalamulaikum dan salam sejahtera sayang2 ku
Terasa begitu lama tak update blog..hmm...entah la...nak kate sibuk..xsibuk pun..cuma perasaan malas yg menguasaai diri beta ni..hehe

Macam2 yg terjadi kat dunia sekarang kan...Kita mungkin bertuah kerana masih hidup di negara yang aman damai.Tapi ape lah nasib manusia di negara lain yang sekarang ni yang tengah bergolak lagi2 orang yang seagama dgn kite..Kite disini hanya mampu berdoa pada yang maha kuasa supaya keadaaan disana aman sejahtera dan kembali normal.Banyakan berdoa lebih2 lagi di Bulan yang penuh kemuliaan ini,BULAN RAMADHAN..

okey la,berbalik pade tajuk asal...he he he
saje je buat tajuk mcm ni supaya nasib2 kaum kite iaitu perempuan lebih terbela..
mesej2 ni penting utk semua pembaca2 blog saya terutame nya perempuan,Sebagai seorang insan yang bergelar perempuan ,jangan2 lah terus terusan menjatuhkan maruah diri  sendiri mahupun menjadi mangsa kepada kenaifan diri sendiri.

Mesej ini untuk kita; Perempuan 

Bercinta bagai nak rak siap sumpah janji segala tak semestinya lelaki itu akan menjadi suami anda.
Hari ini dia kekasih anda. Tak semestinya esok dia masih kekasih anda.
Hari ini dia kekasih anda. Tak semestinya juga esok dia menjadi kekasih yang setia untuk anda seorang sahaja.

Berkahwin dengan lelaki nampak warak tak semestinya boleh jadi suami yang baik.
Hari ini dia suami anda. Tak semestinya esok dia masih suami anda.
Hari ini dia suami anda. Tak semestinya juga esok dia suami anda seorang.

Hidup ini bukan sama macam kisah Cinderella atau Repunzel. 


"And they live happily ever after"

Ia juga bukan seperti dalam drama Winter Sonata. Hanya cinta seorang itu sahaja

Wake up!
Belajar rajin-rajin. Kerja rajin-rajin. Kumpul duit. Kalau boleh belilah rumah sebelum kahwin. 
Itu persiapan kita. 
Takut-takut tak ada tempat nak tinggal selepas ini.
Jangan berharap sepenuhnya pada bakal atau suami anda.
Jangan berangan yang manis-manis sahaja.

Dia manusia. Boleh meninggal dunia, boleh menghilang, boleh curang.

Contoh banyak di sekeliling anda.
Wake up!

Hidup kena lebih realistik. Jangan terlalu percaya dan yakin pada lelaki. 
Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. 
Persiapkan diri untuk kepentingan diri sendiri. 

Rasa cinta sesama manusia hanya pinjaman dari Tuhan.

Salam Ramadhan Al Mubarak semua dan perempuan2 saya..bye,love you all

Assalamualaikum dan semalam malam,
sincerely,Elida...